nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Misi WHO gagal kesan punca virus COVID-19 di China

9 FEB : Pakar dalam misi siasatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke China  mengesan asal-usul COVID-19 gagal untuk mengenal pasti jenis haiwan yang menjadi punca utama jangkitan coronavirus itu.

Bagaimanapun, pakar WHO percaya virus yang setakat ini menjangkiti 107,007,830 mangsa dan mengorbankan 2,336,339 nyawa di 219 negara di seluruh dunia, mungkin berasal daripada kelawar dan mungkin dipindahkan kepada manusia menerusi mamalia lain.

Menurut ketua pasukan penyiasat China, Liang Wannian, walaupun jangkitan dipercayai berpunca daripada binatang namun hos asal masih belum dapat dikenal pasti.

“Pada masa sama, tiada petanda bahawa penyakit akibat COVID-19 sudah menular di Wuhan sebelum Disember 2019, apabila kes rasmi pertama dilaporkan.

“Kajian menunjukkan virus ini boleh dibawa ke lokasi yang jauh jika berada pada produk sejuk beku, menunjukkan kemungkinan virus ini mungkin diimport, satu teori yang makin kerap dibangkitkan di China sejak kebelakangan ini,” katanya.

Pakar asing WHO, Peter Ben Embarak, yang pernah bertugas di WHO Beijing selama dua tahun bermula 2009, menyokong dapatan itu dengan menyatakan tiada ‘penularan besar wabak’ di Wuhan sebelum akhir 2019.

Sementara itu, China menuduh AS cuba mempolitikkan siasatan WHO dan banyak berahsia serta mengenakan pelbagai halangan terhadap usaha antarabangsa bagi melakukan siasatan.

Misi siasatan WHO itu mencetuskan banyak isu diplomatik sebelum ia bermula lagi, dengan Amerika Syarikat (AS) menuntut siasatan terperinci dan menuduh China cuba menyembunyikan bukti awal pandemik.

Sepanjang misi siasatan yang diawasi rapi itu, media dilarang menemui anggota pasukan siasatan dan hasil dapatan mereka hanya dikongsi melalui Twitter atau temu bual tertentu.

Kumpulan itu hanya menghabiskan masa sejam di pasar makanan laut Wuhan, di mana kluster pertama jangkitan besar-besaran dilaporkan lebih setahun lalu.

Mereka juga dilihat menghabiskan beberapa hari di dalam hotel, dengan hanya menerima lawatan pelbagai pegawai kanan China, tanpa meninggalkan bandar penginapan mereka.

Bagaimanapun, penyelidikan lebih mendalam dilakukan di Institut Virologi Wuhan (WIV) di mana mereka menghabiskan hampir empat jam.

Di sana, mereka turut menemui saintis China termasuk Shi Zhengli, salah seorang pakar coronavirus menjangkiti kelawar merangkap timbalan pengarah WIV.

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Donald Trump, beberapa kali mengulangi teori kontroversi beliau mengatakan virus itu mungkin bocor dari institut virologi itu.

Saintis di WIV melakukan penyelidikan terhadap beberapa penyakit paling berbahaya di dunia termasuk varian coronavirus kelawar yang mirip kepada COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.