10 FEB: Kes harian baharu COVID-19 di negara ini meningkat semula dengan sebanyak 3,288 kes direkodkan hari ini, berbanding 2,764 kes yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah 251,604 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 52,186 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal mencatatkan bilangan kes COVID-19 harian baharu tertinggi iaitu 1,757 kes yang direkodkan di negara setakat hari ini.
“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,283 kes.
“Manakala kes kematian yang direkodkan hari ini meningkat kepada 14 kes berbanding 13 kes yang dicatatkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 923 orang sepanjang pandemik.
“Sebanyak 285 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 131 dan jumlah keseluruhan 923 kematian setakat ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini
Pada masa sama, sebanyak 1,929 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 198, 495 kes atau 78.9 peratus. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH