nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN cari jalan terbaik atasi masalah pengangguran

10 FEB: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa serius mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat akibat penularan COVID-19.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin, berkata tindakan berkenaan selari dengan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan semula kadar pengangguran adalah isu yang perlu diberi perhatian secara kritikal oleh pihak kerajaan.

Berikutan itu, Khairil Nizam berkata kerajaan sudah menyusun pelbagai strategi dan inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran kesan daripada penguncupan ekonomi sedunia sehingga menyebabkan ramai pekerja pelbagai sektor terpaksa diberhentikan.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

“Buktinya, dari 3.9 peratus pada Mac 2020 melonjak kepada 5.3 peratus pada Mei 2020 iaitu semasa PKP 1.0 dilaksanakan, ia berjaya diturunkan kepada 4.6 peratus pada September 2020, sebelum kembali naik semula. Tetapi kerajaan mengambil langkah amat proaktif mengimbangi situasi tersebut.

“Sebanyak RM18 bilion diperuntukkan bagi Program Subsidi Upah (PSU) yang menyelamatkan 3 juta pekerja dan 320,000 majikan setelah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara. Sekali gus merangsang pembukaan dan pemulihan operasi syarikat semasa PKPB.

“Inisiatif ini bukan sahaja menangani peningkatan kadar pengangguran, tetapi juga memastikan pengekalan pekerjaan. Malah, menerusi PERKESO, kerajaan membantu mereka yang hilang pekerjaan. Dengan Skim Insurans Pekerjaan, RM600 sebulan diperuntukkan kepada golongan ini hingga suatu tempoh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata kerajaan juga giat melaksanakan penempatan pekerjaan dan penjanaan pendapatan rakyat menerusi pelbagai inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah PENJANA.

Malah, beliau berkata kerajaan juga menawarkan Platform Ekonomi Gig kepada 300,000 Orang Bekerja Sendiri (OBS) bersama caruman keselamatan sosial demi kebajikan mereka.

“Kerajaan juga menghalusi hingga ke lubuk emosi rakyat apabila menyelami tekanan yang ada dengan memudahcara perbelanjaan penting menerusi pelepasan cukai sehingga RM8,000. Bahkan disertakan sama kemudahan moratorium, pakej bantuan PRIHATIN dan banyak lagi lainnya yang mesti dilihat sebagai usaha holistik.

“Tambahan peruntukan juga berlaku dalam Belanjawan 2021 untuk semua program tersebut. Di mana bagi tahun ini 2021, kerajaan telah menyatakan komitmen menjana 500,000 pekerjaan. Ia meliputi insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, serta program kemahiran dan peningkatan kemahiran, juga perantis.

“Antaranya juga tambahan RM1.5 bilion untuk 3 bulan khusus kepada 70,000 majikan dan 900,000 pekerja sektor pelancongan dan peruncitan. Selain geran dan pembiayaan disalurkan sebagai peruntukan buat PKS dan PKS mikro. Manakala RM3.7 bilion kepada usaha menjana pekerjaan secara kerjasama pihak GLC dan swasta,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM1 bilion sebagai pakej galakan pelaburan nilai tambah tinggi seperti aeroangkasa dan elektronik serta RM9 bilion untuk memperkasa infrastruktur digital negara dan penambahbaikan kesalinghubungan 430 sekolah dan kawasan industri, juga penyediaan kemudahan peranti dan komputer riba.

“Penunjuk kepada kesungguhan Kerajaan PN adalah apabila menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri. NEC telah merangka strategi demi ketahanan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Peluang berkaitan tersedia melalui portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ .

“Nasihat saya, janganlah cepat berputus asa. Sebaliknya kuatkan baik sangka kepada Allah S.W.T dan berusahalah dengan peluang-peluang sedang dibuka pihak kerajaan. Ketika sama kawal keluh kesah dan kebimbangan agar mengelak terjebak penipuan atau pemerdayaan yang merugikan mahupun merosakkan diri,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.