11 FEB: Pemberontak Houthi melancarkan empat dron untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi hari ini dan menyebabkan sebuah pesawat penumpang terbakar.
Memetik laporan stesen televisyen tempatan, serangan itu disahkan oleh kerajaan Arab Saudi manakala pemberontak Houthi mengaku mereka bertanggungjawab.
“Serangan pengecut pengganas ini menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi ini dilakukan pemberontak Houthi.
“Bagaimanapun, kebakaran pesawat penumpang yang diserang pemberontak Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha itu terkawal,” jelas laporan itu.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan sekiranya ada mangsa yang terkorban atau cedera serta bagaimana serangan itu dilaksanakan.
Dua dron dilaporkan berjaya dipintas oleh pihak berkuasa di selatan kawasan berkenaan.