nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahun Baharu Cina bawa kegembiraan, kesejahteraan

11 FEB: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, sambutan Tahun Baharu Cina esok akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, perayaan itu seharusnya dijadikan sebagai sumber kekayaan budaya dan adat resam rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, serta titik pengukuhan sikap hormat-menghormati sesama kita.

“Saya berharap sambutan ‘Year of the Ox’ ini akan meningkatkan semangat dan memberi kekuatan baharu kepada kita dalam meneruskan usaha untuk bersama-sama memutuskan rantaian wabak COVID-19, dan seterusnya memulihkan ekonomi negara.

“Semoga kita dapat kembali mengecapi kemakmuran bersama!” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2021 yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

Muhyiddin menambah, perayaan tersebut menjadi bukti sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Beliau berpandangan, kita perlu mengekalkan kekuatan ini yang merupakan salah satu teras utama perpaduan negara yang dicintai.

Perdana Menteri memberitahu, perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini disambut dalam suasana norma baharu memandangkan negara masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

“Kita faham dalam suasana pandemik ini, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama menyambut perayaan masing-masing dalam suasana yang agak lebih berhati-hati,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk memastikan rakyat dapat menyambut perayaan dalam keadaan yang selamat.

“Ini termasuklah sekatan rentas negeri dan daerah yang menyebabkan ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman atau berjumpa keluarga masing-masing.

“Sekatan ini dilaksanakan bukan untuk menyekat kebebasan saudara dan saudari, tetapi demi untuk kebaikan bersama bagi melindungi nyawa, terutamanya ahli keluarga kita yang kita sayangi,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, langkah itu penting kerana keutamaan pada masa ini ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan melindungi nyawa rakyat.

Muhyiddin memberitahu, di sebalik kekangan itu, beliau percaya sambutan Tahun Baharu Cina masih dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan.

“Tradisi makan besar atau reunion dinner yang menjadi amalan masyarakat Cina pada malam sebelum hari pertama perayaan masih dapat diraikan dengan penuh bermakna bersama ahli keluarga.

“Mengambil kira kepentingan tradisi ini, kerajaan telah pun memberi sedikit kelonggaran iaitu dengan membenarkan reunion dinner dengan ahli keluarga yang tinggal berdekatan, tidak melebihi 15 orang pada malam sebelum Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti keagamaan di tempat-tempat ibadat masyarakat Cina juga dibenarkan mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Yang penting, kata beliau, adalah amalan kawalan kendiri setiap masa dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan sentiasa membasuh tangan.

“Jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang terdiri daripada golongan yang berisiko tinggi, lindungi mereka,” katanya.

Perdana Menteri turut menyarankan ahli-ahli keluarga yang tinggal berjauhan untuk memanfaatkan teknologi dengan membuat panggilan video untuk melepaskan kerinduan terhadap ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh di mata. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.