nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan takut, tak ada mikrocip dalam vaksin COVID-19

14 FEB: Negara-negara yang telah melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.

Oleh itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini tidak boleh gagal dan perlu mencapai objektifnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata negara-negara yang telah melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.

khairy
KHAIRY JAMALUDDIN

“Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah penting bagi memastikan ramalan ini dapat dicapai. Menerusi program imunisasi ini, proses pemulihan ekonomi akan dapat dilakukan dengan lancar apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dibuka.

“Sebagai contohnya, apabila sempadan negara kembali dibuka, sektor yang terjejas teruk seperti penerbangan dan pelancongan akan dapat beroperasi semula.

“Begitu juga kilang-kilang yang dapat beroperasi tanpa risiko perlu ditutup akibat jangkitan sesama pekerja. Rantaian ekonomi berterusan akan membolehkan kitaran ekonomi berjalan lancar yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara malah kepada kehidupan seharian rakyat, ” katanya menerusi portal beliau, hari ini.

Susulan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 ini, Khairy memberitahu IMF menjangkakan ekonomi global akan berkembang pada kadar 5.5% pada tahun ini, peningkatan berbanding ramalan awal mereka iaitu 5.2 peratus.

Menurut beliau, di United Kingdom (UK) pula, Bank of England meramalkan peningkatan KDNK negara tersebut adalah antara 6.25 peratus sehingga 7.25 peratus.

“Bagi Malaysia pula, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan kembali berkembang pada kadar 6.7 peratus bagi tahun 2021, tetapi ini adalah tertakluk kepada kelancaran serta keberkesanan program imunisasi, peningkatan kedudukan eksport negara serta tahap pelaburan di Malaysia.

“Saya hendak tegaskan sekali lagi, vaksin yang diperolehi Malaysia adalah selamat dan berkesan. Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima. Vaksin ini tidak mengandungi mikrocip untuk mengambil alih pemikiran kita.

“Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaksin ini dihasilkan oleh sains. Kita mesti yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular dalam group WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu,” katanya.

Justeru, Khairy berkata apa-apa gangguan dalam program imunisasi serta keadaan pandemik COVID-19 yang berterusan akan terus membawa negara ke arah ketidaktentuan ekonomi dan akan memaksa kawalan pergerakan seperti ketika ini diteruskan.

“Bila kita yakin, seramai mungkin akan menerima suntikan mereka dan bilangan jangkitan akan mula menurun. Bilangan kematian dan pesakit yang dimasukkan ke ICU akan mula menurun. Bila jangkitan menurun, lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial boleh dijalankan tanpa sekatan yang terlalu ketat. Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar setiap ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran kita untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.