nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Konsep DPN wajar dijadikan asas semangat Nasionalisme

15 FEB: Konsep perpaduan di negara ini wajar dijadikan semangat kebangsaan (nasionalisme), sepertimana yang terpahat dalam Rukun Negara sebagai asas dan paksinya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, semangat cintakan tanah air bukanlah sesuatu yang boleh dipupuk dari sekolah semata-mata, namun sebenarnya perlu berasal dari didikan di rumah sejak kecil.

“Jika sesuatu keluarga itu dididik untuk hanya “menyembah” wang, maka wang lah yang menjadi percaturan utama dalam hidup mereka.

“Bangsa-bangsa yang maju di dunia pada hari ini termasuk tamadun-tamadun hebat di zaman silam boleh dikatakan semuanya kerana mempunyai semangat patriotisme atau nasionalisme yang tinggi terhadap negara dan empayar masing-masing,” katanya menerusi kenyataan kepada PN BBC Portal, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz memberitahu kestabilan sosio-ekonomi adalah kunci kepada keharmonian masyarakat bagi mengelakkan sebarang bentuk keadaan huru-hara serta kemunculan kelompok-kelompok yang menggunakan pendekatan ekstrem untuk memperjuangkan agenda mereka.

Menurut beliau, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempraktikkan sistem persekutuan amat bergantung kepada kerjasama semua negeri, kaum dan parti politik dalam membangunkan serta mensejahterakan negara ini.

“Tidak kisah apa jua pegangan kita, perpaduan dan keutuhan negara adalah keutamaan dalam mendepani cabaran semasa . Seperti yang selalu saya katakan, Malaysia tidak wajar menjadi sebuah negara teokratik (pentadbiran berasaskan doktrin sesuatu agama) seperti Arab Saudi atau Vatican.

“Malah Malaysia juga tidak patut menuju ke arah negara yang mengamalkan sekularisme totok atau ateis seperti Brazil dan China. Malaysia perlu kekal dalam sfera toleransi dan kesederhanaan untuk kekal aman dan maju namun tidak bermakna Malaysia perlu liberal dalam semua aspek, “katanya.

Sementara itu, Pelancaran Blueprint Pelan Dasar Perpaduan Negara (DPN) 2021-2030 dilihat tepat pada masanya yang diakui terdapat sebahagian rakyat Malaysia hari ini berada dalam krisis identiti, ada yang skeptikal terhadap masa depan negara

Dan tidak kurang juga, tambah beliau, ada yang keliru dengan situasi sosio-politik tempatan yang dilihat terlampau dinamik yang diparahkan lagi oleh elemen-elemen perkauman, kenegerian dan agama yang masih menjadi barah dalam hubungan kaum masyarakat di negara ini.

“Maka adalah wajar Perdana Menteri memberi peringatan mengenai bahayanya sentimen-sentimen negatif yang berpotensi merosakkan keutuhan warga negara ini.

“Kita tidak mahu Malaysia menuju ke arah sektarianisme (asobiyyah) mengikut ideologi politik, ekstremisme agama, perkauman dan juga ketaksuban terhadap negeri-negeri masing-masing,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata semangat kebangsaan yang tinggi juga adalah pemangkin integriti kerana maruah sebagai rakyat Malaysia menjadi keutamaan untuk melakukan yang terbaik.

Muhammad Faiz berkata tindakan ini akan mengurangkan lagi pergeseran akibat perbezaan ideologi politik, agama serta budaya di kalangan masyarakat.

“Negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, Sweden, United Kingdom dan sebagainya tidak berkompromi dalam soal elemen-elemen nasionalisme di negara mereka.

“Mereka tahu dengan keamanan, kerajinan serta kesungguhan yang dipacu oleh perasaan kebangsaan yang tinggi maka bangsa dan negara mereka dapat menghasilkan teknologi-teknologi canggih terkini, produk-produk yang bermutu tinggi yang akhirnya merancakkan ekonomi serta kuasa kewangan negara mereka.

“Itulah maknanya menjadi bangsa yang maju dan berpengaruh di pentas dunia. Maka demi masa depan anak cucu kita di negara bertuah ini, saya menyeru semua lapisan masyarakat serta parti politik agar menyokong usaha perpaduan negara bersama kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negara ini, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.