16 FEB: Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi
Sebelum itu, tular kenyataan di media sosial bahawa Abdul Hadi telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Kenyataan itu mendakwa, beliau dibawa ke hospital itu pada jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.
Difahamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di hospital tersebut.
Katanya, doktor telah memaklumkan bahawa Abdul Hadi akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan.
Beliau juga akan membuat ujian swab di IJN.
Abdul Hadi dibawa ke institut tersebut pada jam 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.
Keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuat naik status di Twitternya berhubung keadaan Presiden PAS itu.
“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada tuan guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan tentang perkara tersebut di akuan Facebook beliau.