nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penerima suntikan vaksin akan dipantau sebelum dibenarkan pulang

16 FEB : Pemantauan selama 15 hingga 30 minit terhadap penerima vaksin COVID-19 akan dibuat sebelum mereka dibenarkan pulang untuk memastikan tiada sebarang reaksi alahan yang serius berlaku selepas menerima suntikan dos vaksin tersebut, demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, sebelum seseorang individu itu menerima suntikan vaksin, saringan sejarah kesihatan dan alahan akan dibuat terlebih dahulu untuk memastikan individu itu sesuai atau tidak menerima dos vaksin tersebut.

“Selepas seseorang diberi suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin, sebelum mereka dibenarkan pulang bagi memastikan tiada reaksi alahan yang serius berlaku sejurus menerima suntikan.

“Sebelum itu, saringan sejarah kesihatan akan dilakukan sebelum menerima suntikan itu dan mereka yang tidak sesuai, tidak akan diberi suntikan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.

Jelas Muhyiddin, vaksin berkenaan mungkin mempunyai kesan sampingan ringan seperti bengkak di tempat suntikan, namun kesan seperti itu dipercayai akan pulih dengan sendiri.

“Mengambil perkembangan negara-negara lain yang telah melaksanakan program vaksinasi COVID-19 dengan selamat, saya berharap tidak berlaku perkara luar biasa di Malaysia yang memerlukan kerajaan mengkaji semula perkara berhubung program vaksinasi berkenaan.

“Kita harap dengan keadaan yang berlaku di banyak negara, maka demikian juga diharap berlaku di Malaysia. Seperti mana saya telah melawat Indonesia dan berjumpa dengan Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) yang sudah menerima vaksin, (beliau) nampak sihat,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan akan memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan untuk memastikan program imunisasi itu boleh diteruskan sehingga satu peringkat semua rakyat  yang layak menerima vaksin berkenaan.

Ditanya mengenai sasaran 80 peratus penduduk di negara ini menerima vaksin COVID-19 memandangkan ramai yang meragui keberkesanannya, Muhyiddin berkata kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin itu seperti yang dilaksanakan di negara-negara lain.

“Orang ramai perlu memahami bahawa mereka akan menghadapi kesulitan dalam jangka panjang termasuk larangan perjalanan kerana kebanyakan negara mungkin melarang orang yang tidak divaksin masuk (ke negara mereka).

“Sekiranya anda tidak divaksin, mungkin ada kekangan untuk bergerak ke sana sini,” katanya.

Muhyiddin berkata kejayaan program imunisasi penting kepada ekonomi kerana sektor tertentu seperti pelancongan dapat beroperasi semula.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.