16 FEB: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pagi ini
Buku tersebut mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik itu.
Majlis pelancaran dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen tempatan negara.
Orang ramai juga boleh membaca buku panduan berkenaan menerusi laman web yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran buku berkenaan.
Kandungan buku berkenaan antara lain mengandungi jenis vaksin yang digunakan kerajaan, fasiliti disediakan untuk menyimpan vaksin di seluruh negara, pengambilan vaksin dari sudut pandangan agama serta panduan imunisasi.