16 FEB : Pegawai kanan bekas Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral, Datuk Dr. Xavier Jayakumari, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
Pegawai kanan Xavier yang juga pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak ditahan SPRM bersama dua pengarah syarikat di Ipoh hari ini.
PNBBC Portal difahamkan, dalam tangkapan itu, SPRM turut merampas wang tunai sebanyak RM1.2 juta di sebuah rumah dan pejabat.
Selain itu, bank akaun milik individu dan sebuah syarikat turut dibekukan dan difahamkan, sebuah kereta mewah yang digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri turut dirampas.
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak Farhah Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan aset dan jutaan ringgit wang dirampas dalam kes tersebut.
Sebaliknya, wang sejumlah RM17,000 dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatannya
Menerusi kenyataan malam tadi, kereta yang disita bukan milik lelaki yang ditahan tetapi seorang kenalan yang menumpang tempat.
“Media harus lebih cermat kerana siasatan masih dijalankan dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa prejudis,” katanya lagi