nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

APHR Bukan Pertubuhan Bernaung Di Bawah Negara ASEAN

18 FEB: 90 Ahli Parlimen dari tujuh buah negara mendakwa mewakili sebuah organisasi ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) yang menggesa Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin bukanlah satu pertubuhan yang bernaung di bawah Negara-Negara Anggota ASEAN.

Profesor Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah berpandangan organisasi tersebut dilihat seperti sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang hanya menggunakan nama ASEAN dan atas dasar itulah, kesemua ahli parlimen itu berani mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya syak ini merupakan pertubuhan parti-parti pembangkang di negara-negara ASEAN dan sebab itu mereka berani untuk mengeluarkan komen-komen begini dan bagi saya ini hanya kenyataan kosong dan tidak perlu untuk kita dengar desakan ini kerana adalah suara pembangkang.

MOHD. KAMARULNIZAM

“Kalau pertubuhan di bawah payung ASEAN, kenyataan yang dilihat sebagai dasar campur tangan seperti ini tidak akan dikeluarkan. Kalau mereka keluarkan, mereka perlu desak negara-negara lain seperti Thailand dan Mynmar yang langsung tidak mengamalkan sistem demokratik,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarulnizam memberitahu, sikap itu membuktikan pembangkang hanya mahu meraih simpati antarabangsa terhadap APHR agar rakyat yang tidak tidak mengerti secara teliti mengenai perlembagaan negara pasti akan terpengaruh.

“Kalau mereka ini merasakan apa yang kerajaan lakukan ini melanggar demokratik, mereka boleh menggunakan Commonwealth Parliamentary Association (CPA) dan sebenarnya mereka ini tak boleh buat apa-apa.

“Hanya ingin dapatkan tekanan antarabangsa yang dilihat ini merupakan satu permainan politik yang cuba dicetuskan oleh pihak pembangkang,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.