19 FEB: Pihak polis bertindak merampas dua komputer daripada Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd susulan siasatan ke atas penerbit buku bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’ hari ini
Pemilik Gerakbudaya Chong Ton Sin mengesahkan dua anggota polis dari Bukit Aman telah datang ke premis syarikatnya di Petaling Jaya, Selangor kira-kira jam 11 pagi tadi.
Chong berkata, pegawai tersebut mengaku diri mereka dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Chong yang merupakan serbuan ketiga bagi menyiasat penerbitan buku tersebut.
“Polis merampas dua komputer peribadi yang digunakan oleh kakitangan saya untuk berhubungan dengan Tommy Thomas dalam bukunya,” katanya.
” Serbuan dipercayai berkait buku tulisan Thomas yang mencetus kontroversi sehingga 134 laporan polis dibuat terhadap bekas peguam negara itu,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan telah menerima 134 laporan terhadap bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung penerbitan buku yang didakwa mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata satu kertas siasatan terhadap bekas peguam negara itu dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu memfitnah.
“Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut),” katanya.