20 FEB: Arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, menurut pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemic Covid-19.
Agensi Berita Sputnik yang memetik The Wall Street Journal semalam melaporkan, penyelidik WHO bagaimanapun menyedari penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan mengenai pembekal haiwan tersebut dan haiwan-haiwan lain di pasar itu.
Mereka masih belum dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.
Pakar berkenaan juga menegaskan China perlu melakukan ujian lebih menyeluruh di ladang penternakan mink (sejenis spesies musang) selepas penularan dua hala SARS-CoV-2 antara manusia dan disahkan di Eropah.
Pasukan pakar WHO menamatkan lawatan kerja empat minggu ke China minggu lalu.
Pada sidang media, mereka mengumumkan bahawa ia bukan kebocoran virus dari makmal manakala peranan pasar basah Wuhan masih belum jelas.
Penyelidik berpendapat timbul keraguan COVID-19 berpunca daripada kelawar dan menyatakan kemungkinan wujudnya perumah perantara.