nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Sabah masih relevan

20 FEB: UMNO masih kukuh dan kekal relevan dalam membawa perubahan dan memperjuangkan nasib rakyat Sabah selepas lebih 30 tahun melebarkan sayap ke negeri tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tanggapan pihak lawan yang mendakwa UMNO semakin lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO Sabah membuktikan ia masih diterima rakyat negeri ini selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, pada Januari tahun lalu dan dikukuhkan lagi dengan kemenangan 14 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16), September tahun lalu.

“UMNO Sabah pernah melalui pelbagai krisis, dugaan, cabaran dan rintangan, malah lebih menyedihkan apabila 22 pemimpinnya termasuk ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan pergerakan wanita serta pemuda keluar parti beramai-ramai pada 2018.

“Ketika itu UMNO Sabah dianggap sudah tidak wujud dan saya diberi amanah oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memimpin parti itu di Sabah,” katanya dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-30 UMNO Sabah yang disambut esok.

UMNO secara rasmi melebarkan sayap ke Sabah pada 21 Februari 1991 menerusi pembubaran Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dengan bekas pemimpin dan ahli USNO secara automatik menjadi ahli UMNO.

Kemasukan UMNO ke Sabah pada waktu itu bertujuan mengukuhkan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam usaha untuk merampas semula kerajaan negeri yang ketika itu di bawah pembangkang pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata situasi ketika awal kemasukan UMNO jauh berbeza berbanding ketika beliau mengambil alih kepemimpinan UMNO Sabah pada akhir 2018.

“Ketika awal kemasukan UMNO ke Sabah, ia dilihat sebagai harapan baharu menyatukan rakyat Sabah bagi mewujudkan kestabilan politik di negeri ini dan membuka jalan untuk pembangunan dalam semua aspek.

“Keadaan ini berubah selepas kekalahan BN di tangan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang disokong beberapa pemimpin BN untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU-14 ,” katanya.

Namun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau tidak mengalah dengan situasi itu, malah terus berusaha meyakinkan akar umbi UMNO di Sabah bahawa parti itu mampu bangkit semula dengan sokongan ahli dan pemimpin yang masih setia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.