22 FEB : Seramai 414 pelajar di Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana kawasan tempat tinggal mereka dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala 14 lagi pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan lagi disahkan positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah itu, 205 pelajar adalah terdiri daripada lelaki dan 223 orang lagi adalah pelajar perempuan.
“PKPD bagi kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan sehingga 4 Mac ini, susulan jangkitan COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya di kawasan berkenaan,”katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.
“Satu kes kematian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 74 orang atau sebanyak 0.91 peratus dari keseluruhan kes positif yang dilaporkan,
Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pada hari ini, ada 221 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak, peningkatan sebanyak 36 kes atau 19.46 peratus berbanding 185 kes dilaporkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini sebanyak 8,164 kes.
428 pelajar daripada 32 buah sekolah di seluruh negeri Sarawak, tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan positif COVID-19.