nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU Nafi Minta UMNO Dedah Keputusan Mesyuarat MKT

22 FEB: Laporan media yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang diadakan pada Jumaat lalu adalah tidak benar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, parti itu dan kepimpinannya tidak pernah sesekali mengugut, memberi arahan atau memaksa mana-mana pihak dari parti lain dalam hal melibatkan urusan dalaman parti tersebut kecuali jika melibatkan kepentingan awam.

“Terbaru satu media tempatan terkenal telah menyiarkan tajuk ‘Bersatu minta UMNO dedah keputusan rasmi mesyuarat MKT’  jelas sekali menyimpang daripada isi asal berita tersebut di mana saya hanya respon secara peribadi setelah ditanya oleh wartawan media itu.

”Umum tahu saya adalah antara warga parti BERSATU yang cukup lantang menyeru ke arah perpaduan nasional terutama parti-parti politik yang bertunjangkan Melayu-Muslim-Bumiputera di negara ini sejak berlangsungnya Kongres Maruah Melayu dalam Oktober 2019 dahulu,” katanya menerusi kenyataan kepada PN BBC Portal, hari ini.

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan Faiz ketika dihubungi mendakwa UMNO perlu dedahkan keputusan rasmi mesyuarat MKT parti itu yang diadakan di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Portal berkenaan mendakwa, Muhammad Faiz memberitahu perkara berkenaan penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Justeru, Muhammad Faiz menyeru pengamal media agar lebih adil dan bertanggungjawab dalam menyiarkan tajuk atau isi berita dari mana-mana pihak agar maksud sebenar dapat disampaikan disampaikan serta fitnah dapat dielakkan.

“Bangsa kita telah letih dihidangkan dengan tajuk-tajuk berita provokatif yang hanya fokus ke arah mencari perbezaan, perseteruan dan pergeseran antara kita semua demi publisiti dan agenda peribadi,” katanya.

Sementara itu, beliau percaya keutuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk pada hari ini bergantung kepada tahap toleransi, kerjasama dan saling hormat-menghormati antara parti-parti yang mendukungnya.

Dalam masa sama, Muhammad Faiz juga menyokong segala usaha pemerkasaan elemen integriti serta penguatkuasaan anti korupsi tanpa mengira pihak kerana ia adalah salah satu faktor penerimaan majoriti rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

“Maka saya menyeru segenap lapisan masyarakat khususnya kaum pribumi yang mewakili majoriti rakyat negara ini, termasuk ahli-ahli akar umbi dari parti BERSATU, UMNO, PAS, GPS, STAR dan lain-lain agar melihat masa depan negara ini melangkaui skop kefanatikan terhadap ideologi politik masing-masing.

“Ini demi menjamin kelangsungan kebersatuan bangsa dan negara kita dalam menghadapi cabaran dunia pasca COVID-19 nanti,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.