nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Eksport produk perkayuan mampu capai RM23b tahun ini

22 FEB: Eksport kayu dan produk perkayuan Malaysia diyakini mampu mencapai RM23 bilion pada tahun ini dengan kehadiran vaksin untuk Covid-19.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kementeriannya menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) terus berusaha memastikan industri perkayuan negara kekal kompetitif di pasaran global dan domestic.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, kementeriannya akan sentiasa memantau pihak industri untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kementerian berkeyakinan prestasi eksport mampu mencapai RM23 bilion pada 2021 terutamanya dengan adanya vaksin yang dijangkakan dapat meredakan pandemik Covid-19

“Pemulihan ekonomi di negara pengimport utama kayu dan produk kayu seperti di Amerika Syarikat (AS) dan China serta kadar permintaan dari negara-negara lain yang semakin meningkat akan memacu industri kayu kekal positif sepanjang 2021,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Khairuddin, berkata prestasi eksport sektor perkayuan bagi 2020 telah menunjukkan pencapaian yang baik meskipun pandemik Covid-19 belum berakhir.

Katanya, nilai eksport yang direkodkan adalah RM22.02 bilion dengan mencatatkan penurunan hanya dua peratus berbanding RM22.5 bilion dalam tempoh yang sama pada 2019.

“Prestasi berkenaan menunjukkan fasa pemulihan positif jika dibandingkan dengan industri lain yang mencatatkan penurunan sangat ketara akibat cabaran bekalan bahan mentah dan permintaan pasaran kesan pandemik Covid-19.

“Nilai eksport perkayuan mula meningkat secara bulanan pada Mei hingga Disember 2020 iaitu semasa fasa pemulihan.

“Syarikat-syarikat pengeluar produk kayu terutamanya perabot kayu, tanggam, papan lapis dan kayu kumai kembali rancak beroperasi untuk memenuhi tempahan pasaran eksport,” katanya.

Menurut beliau, prestasi eksport produk bernilai tambah tinggi seperti perabot, tanggam dan kayu kumai mencatatkan peningkatan 11 peratus dengan jumlah eksport RM12.3 bilion berbanding RM11.1 bilion pada 2019.

Daripada jumlah eksport ini, beliau berkata, perabot kayu masih kekal sebagai produk utama dengan peningkatan eksport yang ketara sebanyak 16 peratus kepada RM10.6 bilion berbanding RM9 bilion pada 2019.

Bagaimanapun, kayu tanggam dan kayu kumai mencatatkan sedikit penurunan masing-masing sebanyak enam peratus dan 21 peratus kepada RM972 juta dan RM688 juta berbanding RM1 bilion dan RM872.1 juta pada 2019, katanya.

Produk utama seperti kayu gergaji pula mencatatkan penurunan eksport sebanyak 29 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM3.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Selain itu, eksport papan lapis bagi 2020 menyusut sebanyak 17 peratus kepada RM2.8 bilion berbanding RM3.8 bilion pada 2019.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.