nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JTK kesan asrama 300 pekerja asing sesak, kotor

22 FEB: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berjaya mengesan kira-kira 300 pekerja asing di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baharu Kampar, Perak didapati tinggal dalam keadaan bersesak di unit kediaman yang daif dan kotor.

Keadaan itu berjaya dihidu hasil operasi bersepadu diketuai JTK bersama jabatan dan agensi berkaitan ke atas lebih 30 unit kediaman di dua lokasi berasingan pada Isnin.

Justeru, Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada majikan sebelum membuka kertas siasatan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan, dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Operasi bermula jam 9.30 pagi itu mendapati  semua unit kediaman terbabit tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTK,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan juga mengesan setiap unit itu didiami lebih daripada kapasiti dibenarkan menjadikan ruang penginapan padat tanpa pengudaraan, selain ruang tamu dijadikan tempat tidur.

“Masuk sahaja ke tapak penginapan ini, kita dah boleh nampak keadaan unit yang daif dengan keadaan sempit dan kotor.

“Majikan sepatutnya menyediakan keperluan asas antaranya katil, tilam, bantal dan selimut yang tidak dikongsi dengan pekerja lain.

“Tetapi apa yang kita lihat, ada unit kediaman yang tidak ada katil, sebahagian unit tidak menyediakan tilam hingga ada yang tidur atas papan sahaja,” katanya.

Turut serta dalam operasi berkenaan, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof, Timbalan Pengarah Perkeso Perak, Mohamed Meskhan Alpiah dan Ketua Penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Perak, Faizal Kamal Abu Bakar.

Operasi berkenaan turut membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri dan polis.

Sementara itu, Muhamad Fauzi memberitahu , operasi kali ini memberi tumpuan terhadap penginapan pekerja di sektor pembinaan yang turut berisiko berlakunya penularan wabak COVID-19 .

“Selain pemeriksaan unit penginapan, operasi menerusi Perkeso juga telah melakukan semakan maklumat bagi setiap pekerja di sini sama ada mereka telah menjalani saringan Covid-19 atau tidak.

“Daripada lebih 500 pekerja direkodkan, lebih separuh daripada mereka telah menjalani saringan dan Perkeso akan melakukan semakan terperinci untuk memastikan tiada yang tercicir dalam saringan ini supaya penularan wabak dapat dikekang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.