24 FEB: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 6.25 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
“Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.