nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin Sinovac Tiba Di Tanahair Esok

26 FEB : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan vaksin Sinovac keluaran China dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 9 pagi, esok.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan, bekalan vaksin kedua negara yang diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke KLIA menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

Ketibaan bekalan pertama vaksin Sinovac bakal disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

“Vaksin ini tiba secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter dan diterbangkan dengan penerbangan penumpang-ke-kargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300, yang boleh diproses menjadi lebih daripada 300,000 dos.

“Malaysia dijadualkan memperoleh 14 juta dos vaksin Sinovac secara berperingkat yang akan melindungi 22 peratus penduduk di Malaysia. Perolehan vaksin COVID-19 Sinovac adalah bukti hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China,”katamya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Malaysia menerima bekalan vaksin COVID-19 pertama negara keluaran Pfizer-BioNTech, Ahad lalu sekali gus membolehkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) digerakkan Rabu lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan berkenaan dan program imunisasi ini merupakan sejarah terbesar negara menyasar kira-kira 80 peratus populasi rakyat akan digerakkan melalui tiga fasa bermula bulan ini hingga Februari tahun depan.

Selain Sinovac dan 12.8 juta dos Pfizer-BioNTech, Malaysia juga dijangka memperoleh bekalan vaksin AstraZeneca-Oxford (6.4 juta dos), CanSinoBIO (3.5 juta dos), Sputnik V (6.4 juta dos) dan Fasiliti COVAX (6.4 juta dos), yang keseluruhannya mampu meliputi 82.8 peratus populasi rakyat Malaysia. –

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, vaksin COVID-19 Sinovac yang akan tiba di negara ini esok, belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Katanya, penghantaran vaksin itu hasil kerjasama Sinovac dengan Pharmaniaga Logistics adalah dalam bentuk ‘fill and finish’ membabitkan iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli sebelum diedarkan.

“NPRA sedang membuat penilaian vaksin berkenaan dan maklumat keberkesanan belum diperoleh.

“Kita lihat kepada keselamatan dan kestabilan bekalan vaksin Sinovac ini,” katanya dalam sesi libat urus bersama media secara dalam talian hari ini – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.