28 FEB : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi Twitter miliknya hari ini memberi gambaran akan ada lagi pemimpin parti pembangkang bakal menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN)
Kata Takiyuddin, akhir Februari 2020 Pakatan Harapan tumbang, ulang tahun pertama juga ramai lagi yang akan sertai PN.
“Selamat datang ke PN Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Julau.
“Bersama-sama kita berkhimat untuk rakyat dan negara dalam masa yang sukar dan belum pernah terjadi sebelumnya ini,” katanya.
Terdahulu, sokongan tersebut disahkan Muhyiddin menerusi laman Facebook miliknya selepas beliau mengadakan pertemuan bersama dengan dua bekas Ahli Parlimen Parti Kedilan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon petang tadi
Pada pertemuan tersebut, Larry Sng dan Steven Choong menyerahkan aku janji untuk menyokong kerajaan PN. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH