nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan PN Penyelamat Negara Perangi Wabak COVID-19

1 MAC : Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan setahun lalu dilihat sebagai penyelamat negara Malaysia kerana tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari jalan terbaik demi rakyat dan negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris ini dibuktikan dengan kemampuan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyediakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi dalam tempoh setahun lalu yang telah memberi banyak impak positif kepada rakyat.

razali idris
RAZALI

Justeru itu, beliau menegaskan adalah tidak wajar menganggap kerajaan PN sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa.

“Sebagai seorang pemimpin besar, pencapaian setahun lalu mengemudikan kerajaan PN menuntut satu keputusan yang sangat berani, luar biasa serta memerlukan pemikiran yang jauh ke hadapan demi rakyat dan Malaysia semata-mata,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberitahu adalah sangat tidak adil pelbagai pihak khususnya parti politik yang acap kali mengancam, menggugut dan melakukan serangan mengejut betapa politik tidak stabil dan tiada sokongan padu dalam kalangan ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan sedia ada.

Walau bagaimanapun, kerajaan PN terus bernafas dengan kepelbagaian ancaman dan desakan politik yang melampau serta politik kemaruk yang kononnya mendakwa rakyat dibiarkan berseorangan dan dipinggirkan adalah sesuatu fitnah yang tidak boleh diterima langsung, katanya lagi.

“Hanya segelintir individu politik atau parti politik tertentu yang dilihat begitu rakus dan kemaruk untuk mendapatkan kuasa tanpa memperdulikan nasib rakyat, ekonomi negara serta kesihatan awam,” katanya.

Sehubungan itu, Razali menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pemimpin yang dianugerahkan Allah bagi menyelamatkan negara ketika krisis politik yang memuncak, krisis ekonomi yang merudum, kesejahteraan kesihatan awam yang terjejas teruk akibat tsunami pandemik COVID-19.

“Parti Bersatu bersama rakan parti politik dalam kerajaan PN tidak akan mengundur diri sehingga pandemik Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya, ekonomi negara telah dipulihkan lebih 90 peratus serta kesejahteraan rakyat kembali pulih dan terjamin.

“Inilah indikator yang jelas bagi kerajaan PN untuk terus memimpin kerajaan kerana rakyat adalah kuasa mutlak dalam menentukan siapa kerajaan selepas ini dalam PRU-15.

“Pihak tertentu usahlah beria-ria mendesak untuk mengadakan PRU-15 kerana tarikh itu pasti tiba dan rakyat adalah penentu bagi nasib dan masa depan mereka dan pastinya rakyat tidak akan mengulangi kesilapan ketika mengundi pada PRU-14 yang lalu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Facebook miliknya menyatakan walaupun pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi, namun kerajaan sentiasa memastikan yang terbaik buat rakyat dan juga negara.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata, dengan usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19, negara dilihat akan memasuki fasa pemulihan wabak itu tidak lama lagi

“Dengan iltizam, dorongan dan peranan semua pihak, kita kini sudah hampir menang dalam pertempuran melawan COVID-19 seterusnya melangkah ke fasa pemulihan semula negara, tambahan pula kita sudah pun melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Semoga Malaysia terus maju jaya dalam mengharungi cabaran yang tidak menentu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.