2 MAC : Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah-rumah baharu kepada mereka yang terjejas.
Keprihatinan Seri Paduka Baginda terserlah apabila Baginda turut berkenan berangkat turun padang meninjau sendiri tapak pembinaan rumah-rumah baharu tersebut bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Kampung Lompat, Kampung Sungai Dingin dan Kampung Pengkalan Manggis, Temerloh, hari ini.


