2 MAC: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi kira-kira 5,000 meter.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada pukul 6.42 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur serta tenggara pulau Sumatera.
PVMBG meletakkan gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter yang kembali aktif sejak 2010 itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau Tahap Tiga.
Gunung itu tidak pernah meletus sejak tahun 1600 namun mula kembali aktif pada 2010.