5 MAC: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menjalinkan kerjasama dengan Sarawak Energy Bhd dalam usaha berterusan syarikat minyak dan gas nasional itu untuk menyediakan tenaga yang mampan dan bersih.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, wujud keperluan bagi mengubah landskap tenaga boleh diperbaharui dengan sumber tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui kerana ia akan mendapat permintaan.
“Kerjasama ini merupakan kejayaan jalinan kerjasama yang kukuh antara Petronas dan Sarawak Energy,” katanya pada majlis menandatangani terma perjanjian antara Syarikat SESCO Bhd milik penuh Sarawak Energy dan anak syarikat Petronas Malaysia LNG Sdn Bhd.
Upacara menandatangani perjanjian itu yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menandakan komitmen Sarawak Energy untuk membekalkan elektrik sebanyak 90 megawatt ke kompleks Gas Asli Cecair Malaysia di Tanjung Kidurong, Bintulu selama 20 tahun bermula Mac 2024.
Muhammad Taufik berkata, terma perjanjian itu menunjukkan komitmen kukuh yang dibuat oleh kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani November lepas bagi meneroka menghasilkan hidrogen hijau.