8 MAC : Ahli politik dan jutawan Perancis, Oliver Dassault terbunuh dalam satu nahas helikopter semalam.
Ahli politik dari keluarga pengeluar pesawat Dassasult meninggal dunia sekitar jam 6 petang (1700 GMT) apabila helikopternya terhempas berdekatan Deauville di utara Perancis.
Dassault adalah wakil wilayah Oise di utara Perancis.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut memberi penghormatan kepada Ahli Parlimen berusia 69 tahun itu menerusi Twitternya, menyifatkan kematian Dassault merupakan satu kerugian besar kepada negara serta mengucapkan takziah kepada keluarga Dassault.
Ramai rakan politik memberi penghormatan kepada mendiang yang juga anak lelaki Serge Dassault dan cucu Marcel Dassault, yang membangunkan empayar perniagaan keluarga terbesar di Perancis.