8 MAC: Brunei Darussalam, hari ini memulakan pelaksanaan Pelan De-Escalation Tahap Lima – Kebiasaan Baharu, menyaksikan jumlah kebenaran perhimpunan dinaikkan kepada 1,000 orang, berbanding 350 orang sebelum ini.
Pelaksanaan itu termasuk bazar, pawagam, restoran dan pengangkutan.
Kebenaran itu diberikan dalam hampir semua aktiviti dengan syarat mematuhi garis panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Kesihatan Brunei, Dato Seri Setia Dr Mohammad Isham Jaafar pada sidang media mengenai status terkini jangkitan COVID-19, baru-baru ini.
Dr Mohammad berkata, langkah itu mengambil kita situasi COVID-19 di negara terbabit yang terkawal.
“Garis panduan bagi kesemua aktiviti akan dikeluarkan kementerian berkaitan dalam tempoh terdekat.
“Negara ini juga melakukan perubahan bagi aktiviti yang dijalankan di dalam negara dengan mengekalkan sekatan perjalanan rentas sempadan sedia ada untuk mengawal kemungkinan berlakunya kemasukan semula jangkitan COVID-19 ke negara ini,” katanya.
Belia berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi wabak di dalam negara, serantau dan global serta melaksanakan penilaian risiko secara berterusan bagi mempertimbangkan pengurangan langkah seterusnya.
“Jika situasi wabak kembali membimbangkan, Kementerian Kesihatan tidak akan teragak-agak untuk memperketat semula langkah penjarakan sosial yang perlu dilaksanakan untuk mengawal wabak tersebut,” katanya.