11 MAC: Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi vaksin COVID-19 dengan negara lain jika terdapat lebihan, kata Presiden Joe Biden kepada wartawan.
“Sekiranya ada lebihan, kita akan berkongsi dengan seluruh dunia,” kata Biden, lapor Sputnik.
Biden berjanji AS akan mempunyai cukup vaksin untuk setiap orang dewasa menjelang akhir Mei dan mengarahkan pembelian lagi 100 juta dos.
“Kita akan pastikan rakyat Amerika mendapatnya terlebih dahulu. Kemudian, kita akan cuba dan tolong seluruh dunia,” katanya.