11 MAC : China menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan dalam konflik politik di Myanmar bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak.
Duta Besar China ke PBB, Zhang Jun berkata, sudah sampai masanya untuk berdiplomasi dan berdialog dengan negara tersebut.
Zhang berkata demikian selepas Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengutuk perlakuan tentera Myanmar sejak Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi digulingkan bulan lalu.
Kenyataan yang dipersetujui oleh Majlis Keselamatan dan mengecam sekeras-kerasnya penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan secara aman.
Persetujuan itu adalah langkah penyatuan kedua dalam krisis di Myanmar membabitkan 15 anggotanya termasuk China, dalam tempoh lebih sebulan.
“Masyarakat antarabangsa harus membincang persekitaran untuk pihak yang relevan di Myanmar untuk mengatasi perbezaan di bawah kerangka Perlembagaan dan undang-undang.
“Dasar persahabatan China terhadap Myanmar adalah untuk keseluruhan rakyat Myanmar. China bersedia untuk libat urus dan berkomunikasi dengan pihak berkenaan serta berperanan konstruktif dalam meredakan situasi semasa.
“Adalah penting anggota majlis bercakap dalam satu suara. Kami berharap mesej (Majlis Keselamatan PBB) dapat membantu meredakan situasi di Myanmar,” kata Zhang.