11 MAC : Datuk Nordin Muhamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara yang baharu berkuat kuasa mulai hari ini.
Lantikan itu diumumkan menerusi Facebook Kementerian Dalam Negeri yang menyaksikan Nordin yang sebelum ini merupakan Pengarah Bahagian Dasar dan kemudiannya dinaikkan pangkat Timbalan Ketua Pengarah( Keselamatan dan Koreksional).
KDN menerusi kenyataan itu turut merakamkan penghargaan kepada Nordin di atas pelantikan tersebut.
“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said hari ini dalam Majlis Pemakaian Pangkat kepada Datuk Nordin Muhamad sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia.
“Tahniah di atas Perlantikan dan Selamat Bertugas,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH