12 MAC : Seorang bapa tergamak membunuh dua orang anaknya demi untuk mendapatkan wang insuran nyawa yang berjumlah RM1.06 juta daripada dua syarikat insuran.
Dalam kejadian itu pada April 2015, Ali Elmezayen seorang warga Mesir memandu kereta ke sebuah dermaga di San Pedro, Los Angelas bersama bekas isteri dan dua anaknya, yang merupakan kanak-kanak autistik berumur 8 dan 13 tahun San Pedro.
Lelaki itu kemudiannya bertindak menenggelamkan kereta tersebut bersama anak dan isterinya, lalu dia keluar mengikut tingkap kereta, menyebabkan dua anaknya itu mati lemas.
Manakala bekas isterinya, Raba Diab diselamatkan oleh seorang nelayan yang menyaksikan kejadian tersebut.
Berikutan kematian anak-anaknya, Elmezayen, seorang warga Mesir, mengumpulkan lebih AS$260,000 (RM1.06 juta) untuk polisi insurans daripada dua syarikat.
Pihak berkuasa mengatakan Elmezayen memindahkan sebahagian besar wang itu ke Mesir dan kira-kira AS$80,000 (RM328,600) dirampas dari akaunnya di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, helah lelaki itu terbongkar dan Elmezayen dihadapkan ke muka pengadilan kemudiannya dihukum pada Oktober 2019 atas tuduhan penipuan, pencurian identiti dan pengubahan wang haram.
Hakim Daerah AS, John Walter yang menyifatkan tindakan tertuduh sebagai jenayah kejahatan dan keji dan menjatuhkan hukuman penjara selama 212 tahun kepada Elmezayen.
Lelaki itu masih lagi berdepan dengan beberapa pertuduhan dalam kes pembunuhan dua anak lelakinya dan cubaan membunuh bekas isterinya.