nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Galeri Geopark Lenggong tarikan baharu pelancong ke Perak

13 MAC: Pembangunan Geleri Geopark Lenggong, Perak, dilihat mampu menjadikan negeri berkenaan sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata projek seumpama itu juga diharap dapat mengeratkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak dalam menjayakan konsep geopark di Lenggong.

Berikutan itu kerajaan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memperuntukkan RM4 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembangunan Lenggong Geopark Kebangsan.

“Saya berharap agar masyarakat tempatan di kawasan Lenggong ini dapat mengambil  peluang pewujudan Geopark Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan untuk terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi bagi merancakkan lagi pembangunan di Lenggong di samping untuk kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi kepada generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong oleh Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak hari ini. 

Program berkenaan juga dihadiri oleh pelbagai organisasi pelaksana, pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, wakil masyarakat dan komuniti khususnya di Daerah Lenggong, Perak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan Geopark Lenggong.

Majlis pecah tanah ini diadakan sebagai platform promosi Galeri Geopark Lenggong di mana bangunan sedia ada diubah suai dan dinaik taraf untuk menjadi galeri. Ia akan dipenuhi dengan maklumat mengenai kepelbagaian geologi, arkeologi, sejarah dan budaya tempatan yang dapat diterokai di Lembah Lenggong.

Menurutnya, galeri itu juga akan menjadi pusat maklumat yang dapat menarik lebih banyak pelancong dari luar ke Daerah Lenggong seterusnya memberi peluang kepada masyarakat Lenggong untuk meneroka peluang ekonomi.

“Pembangunan Galeri Geopark Lenggong adalah merupakan projek kerjasama antara KeTSA dan Yayasan Albukhary. Kos pembangunan Galeri Geopark Lenggong ini  ditanggung oleh Yayasan Albukhary yang menyediakan sejumlah RM2 juta peruntukan bagi pembinaanya.

“KeTSA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Albukhary,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Lembah Lenggong sebagai kawasan yang dicadangkan sebagai Geopark Kebangsaan adalah inisiatif Kerajaan Pusat melalui KeTSA dalam meningkatkan industri pelancongan negara serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi masyarakat, khususnya di Daerah Lenggong.

“Ini sejajar dengan lebih daripada 50 geotapak berpotensi tinggi yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong di Geopark Kebangsaan ini, termasuklah tapak geoarkeologi sedia ada yang telah diisytiharkan sebagai dalam kawasan Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO semenjak tahun 2012 lagi,” tambahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.