14 MAC : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera merekodkan pendaftaran seramai 5.45 juta individu bagi pengambilan vaksin sehingga tengah malam tadi
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dimuat naik menerusi akaun Twitternya menunjukkan, jumlah itu mencatatkan perkembangan nasional sebanyak 22.5 peratus.
Setakat ini, seramai 292,104 individu sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, majoritinya petugas barisan hadapan.
Negeri Selangor mencatatkan pendaftaran paling tinggi bagi penerimaan vaksin COVID-19 iaitu berjumlah hampir 1.6 juta individu.
Ini diikuti olej Johor dengan seramai 695,699 individu, Kuala Lumpur seramai 495,036), Sarawak 432,975, Pulau Pinang seramai 383,914, Perak 370,888 dan Kedah pula 270,591.
Sabah pula merekodkan pendaftaran bagi 236,398 individu, diikuti Negeri Sembilan 220,684, Pahang 207,154, Melaka 170,392, Kelantan 143,721 dan Terengganu 135,106.
Putrajaya pula merekodkan pendaftaran bagi 39,220 individu, Perlis (33,237) dan Labuan (18,671).
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari lalu, dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia mendapat suntikan imunisasi berkenaan
Selain melalui MySejahtera, orang ramai turut boleh mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui laman web JKJAV di www.vaksincovid.gov.my atau menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828.