nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DBKL bakal wartakan 400 hektar kawasan hijau di Bukit Kira

14 MAC: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewartakan lebih banyak taman awam bagi mengekalkan kawasan hijau kekal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebagai permulaan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses mewartakan Taman Persekutuan Bukit Kiara berkeluasan lebih 400 hektar sebagai kawasan hutan dan hijau kekal, dalam masa terdekat.

“Apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk memastikan Kuala Lumpur mempunyai kawasan hijau mencukupi dan dilindungi daripada pembangunan.

“Oleh itu kita kena ambil langkah segera untuk mewartakan taman awam yang mempunyai kawasan hijau ini secara kekal sampai bila-bila misalnya kita sudah mewartakan sebahagian daripada Taman Persekutuan Bukit Kiara dan sebahagian lagi akan menyusul sehingga mencapai 400 hektar,” katanya dalam sidang media selepas meninjau kemudahan di Taman Botani Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata DBKL juga sedang berusaha untuk mewartakan Taman Tugu di Kuala Lumpur sebagai salah satu khazanah negara yang perlu dilindungi sampai bila-bila.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata DBKL juga sedang berusaha untuk menaik taraf kemudahan di taman awam berkenaan bagi memastikan rakyat dapat menikmati dan beriadah di kawasan yang selamat dan berkualiti.

Berikutan itu Annuar berkata pihaknya akan berusaha supaya taman awam seperti Tanam Tugu dan Taman Botani KL dapat dihubungkan secara terus dengan sistem pengangkutan awam yang cekap dari KL Sentral ke kawasan terbabit.

“Saya juga berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menyediakan kemudahan asas bukan hanya mencukupi, malah mesra golongan kurang upaya (OKU) termasuk pengguna kerusi roda dan sebab itulah saya mengambil masa agak lama untuk melakukan tinjauan di Taman Botani KL sejap tadi.

“Ini penting bagi memastikan golongan OKU termasuk mereka berkerusi roda dapat menikmati kemudahan di taman-taman awam di sekitar Kuala Lumpur pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata pihak PBT juga perlu meningkatkan tahap keselamatan di taman awam bagi memastika tidak berlaku kes jenayah jalanan seperti ragut, samun dan sebagainya.

“PBT juga perlu melakukan kaji selidik bagi menilai tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan dan tahap keselamatan di taman awam sekitar Kuala Lumpur.

“Langkah berkenaan memboleh pengguna dan orang awam mengemukakan cadangan dan idea bernas bagi penambahbaikan kemudahan di taman awam di sekitar KL,” katanya.

Katanya, DBKL juga bercadang membina beberapa lagi taman awam di sekitar kawasan Tasik Batu, Taman Beringin dan beberapa lagi bagi kemudahan riadah dan reakriasi penduduk setempat.

“Kita berharap semua langkah berkenaan dapat meningkatkan lagi imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang bersih, indah dan dilitupi kawasan hijau,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.