14 MAC : Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan, Pahang bermula esok yang ditamatkan dijadualkan lebih awal daripada yang dirancangkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, Kementetian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 80 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 4 kes telah direkodkan positif COVID-19
“KKM mengesahkan kesemua keputusan sampel kedua untuk kontak rapat seramai 76 orang adalah negatif dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan, Pahang pada 14 Mac 2021 lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan Kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah berikutan terdapat peningkatan kes.
Beliau berkata, sehingga 12 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 19 kes positif kes wabak tersebut.
“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan
kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.
” Setelah membuat penilaian risiko bersama dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah bermula 15 Mac (esok) hingga 28 Mac 2021.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH