nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan lulus RM60j baik pulih tebing Sungai Kelantan

13 MAC: Sebanyak RM60 juta diluluskan kerajaan sebagai peruntukkan membaik pulih tebing Sungai Kelantan yang runtuh bulan lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata projek membaik pulih tebing itu akan dilakukan secepat mungkin dan dijangka selesai akhir Oktober depan.

Katanya, peruntukan itu membabitkan kos kerja pengambilan tanah sebanyak 20 lot, pembinaan struktur penahan tebing, pembaikan cerun dan pembinaan rumah pam.

“Saya membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet bagi menangani situasi dan kabinet meluluskan peruntukan segera RM60 juta seperti dipohon kerajaan negeri.

“Projek ini bakal dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak monsun timur laut akhir tahun ini.

“Ini kerana jika tiba monsun dan projek belum siap, kita khuatir apa kita bina akan hilang serta mengalami kerugian lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di lokasi runtuhan tebing di Kampung Pohon Celagi, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil keseluruhan kawasan itu yang membabitkan kos RM8 juta.

Lokasi itu, katanya, bakal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi supaya menjadi tarikan baharu kepada penduduk di situ.

Sementara itu, beliau turut menolak kemungkinan kerja mengorek pasir yang menyebabkan berlaku runtuhan tebing berkenaan.

“Berdasarkan kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berlaku mendapan, selain kawasan bawah di benteng ini paling sempit yang menyumbang kepada runtuhan.

“Malah, benteng ini juga sudah dibina sejak 1982, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini, seramai 100 penduduk di Kampung Pohon Celagi, dipindahkan selepas berlaku tebing runtuh sepanjang 500 meter pada 17 Februari lalu.

Runtuhan pada jam 2.30 sehingga 6.30 pagi itu, mengakibatkan beberapa rumah ranap dipercayai disebabkan terjahan air Sungai Kelantan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.