16 MAC: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memaklumkannya menerusi video dan ciapan di laman sosial.
Melalui status itu, Zahid turut menggesa rakyat di negara ini untuk tidak ragu-ragu menerima suntikan imunisasi berkenaan yang dilaksanakan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Saya yakin vaksin ini selamat, justeru segeralah mendaftar di aplikasi MySejahtera atau di mana-mana pusat kesihatan berdekatan anda semua.
“Sama-sama kita jayakan program vaksinasi ini dan kita menang bersama,” katanya melalui video berdurasi lebih seminit itu.