16 MAC: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, hari ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi perkongsiannya di laman sosial.
Dalam masa sama, Ketua Pembangkang itu turut mencadangkan supaya proses pendaftaran vaksin dipermudahkan.
“Saya cadangkan proses pendaftaran vaksin dipermudahkan.
“Proses terbabit dilihat terlalu rumit ketika ini dengan borang dan semakan,” katanya.