16 MAC: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail menerima suntikan COVID-19, hari ini.
Rizam memaklumkan perkara itu menerusi muat naiknya di Facebook.
Katanya, beliau menerima suntikan itu di Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar.
“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pegawai kesihatan di DUN Sungai Air Tawar yang bertungkus lumus memastikan kesihatan terbaik kepada penduduk.
“Diharap rakyat di DUN ini mendaftar untuk program imunisasi dan mempercayai kebaikan suntikan vaksin COVID-19.
“Sama-sama kita berdoa semoga COVID-19 cepat hilang di bumi Malaysia ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.