nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairy Jamaluddin jawab persoalan ditimbul Anwar

16 MAC: Sehari selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan isu berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan kerajaan, menteri bertanggungjawab tampil menjawab setiap persoalan dibangkitkan.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata beliau mengambil maklum semua persoalan ditimbulkan Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Berhubung pendaftaran vaksinasi tidak lengkap, saya sudah nyatakan dalam sidang media sebelum ini. SMS (khidmat pesanan ringkas) akan dihantar kepada pengguna supaya melengkapkan penilaian vaksinasi bagi membolehkan janji temu diberikan kepada mereka.

“Berkenaan pendaftaran berulang pula, saya sudah maklumkan, (aplikasi) MySejahtera sememangnya mempunyai rekod ketika pendaftaran kali pertama dibuat.

“Justeru pengguna tidak perlu membuat pendaftaran berulang dan ini terbukti apabila user interface (UI) baharu dikeluarkan pada Sabtu lalu, menunjukkan tarikh pengguna membuat pendaftaran kali pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairy berkata, bagi persoalan berhubung perolehan vaksin, kerajaan masih terikat dengan perjanjian kerahsiaan (NDA) yang dimeterai bersama syarikat pengeluar vaksin.

Namun, katanya, beliau bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah membentangkan maklumat serta perincian lanjut mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia pada awal tahun ini.

Katanya, butiran dan kertas perjanjian berhubung perkara itu juga ditunjukkan kepada PAC, malah jawatankuasa terbabit yang turut dianggotai wakil rakyat PKR menerusi kenyataan dikeluarkan pengerusinya dari parti DAP, berpuas hati dengan pembentangan serta tatacara perolehahan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, andaian Anwar bahawa kerajaan tidak memberi perhatian terhadap vaksin daripada negara Rusia, iaitu Sputnik V adalah tidak benar memandangkan vaksin berkenaan sememangnya terdapat dalam potfolio pembelian vaksin COVID-19 Malaysia dan sedang dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi tujuan kelulusan serta pendaftaran.

“Anwar juga membangkitkan persoalan berkenaan penglibatan penyelidik tempatan dalam pembangunan vaksin. Suka saya maklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sudah membiayai Penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin tempatan bagi penyakit COVID-19 menerusi MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF)kepada dua kumpulan penyelidik, iaitu dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Bagaimanapun, pada masa sama, kita mengakui Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap pembuatan vaksin, justeru dalam rundingan pembelian vaksin COVID-19 bersama beberapa pembekal, kerajaan sudah memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehkan negara ini membangunkan kapasiti pembangunan vaksin dalam negara pada masa hadapan.

“Maklumat berkenaan nilai tambah ini dimuatkan dalam buku panduan PICK yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my,” katanya yang juga Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, maklumat lanjut berhubung PICK akan dibentangkannya ketika sesi taklimat kepada Ahli Parlimen yang akan diadakan dalam tempoh terdekat, malah surat kepada wakil rakyat terbabit sudah  dihantar.

“Saya berharap Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain dapat hadir ketika sesi taklimat nanti.

“Ingin saya rakamkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang menyatakan komitmen pihak pembangkang untuk menyokong PICK, malah sebagai dinyatakan sebelum ini, PICK hanya akan berjaya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak,” katanya. –  Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.