16 MAC: Acara larian obor sempena Olimpik Tokyo akan diadakan tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik COVID-19.
Jiji Press melaporkan, jawatankuasa penganjur memaklumkan langkah itu juga bagi mencegah penyebaran pandemik berkenaan .
Katanya, hanya individu terbabit akan menyertai acara itu yang dijadualkan diadakan pada 25 Mac di pusat latihan bola sepak J-Village di wilayah Fukushima, Jepun.
“Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, Nadeshiko Japan yang menjuarai Piala Dunia Wanita FIFA 2011, diberi penghormatan menjadi pelari pertama.
“Acara ini akan disiarkan secara langsung melalui laman web jawatan kuasa,” katanya.
Obor itu akan menjelajah ke seluruh 47 wilayah Jepun, sebelum upacara pembukaan di Stadium Nasional Jepun, Tokyo pada 23 Julai ini.