6 MAC: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, melahirkan rasa syukur kerana keputusan ujian saringan COVID-19 dibuat beliau semalam adalah negatif.
Muhyiddin berkata beliau menjalani ujian swab saringan COVID-19 semalam iaitu hari kelima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) setelah kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini, hari kuarantin yang keenam, saya telah mendapat keputusan ujian saringan tersebut dan disahkan negatif.
“Untuk makluman, saya dan delegasi tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi pada 11 Mac 2021 pukul 9.34 malam. Setibanya di Pangkalan Tentera Udara Subang, saya dan seluruh delegasi telah diberikan HSO untuk tempoh tujuh (7) hari dan dipakaikan gelang pengawasan,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE.
“Saya dan delegasi telah menjalani sebanyak lima ujian swab saringan COVID-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus tersebut ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau,” katanya.