16 MAC : Dengan Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga semalam dengan para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 16 dan 17 Mac ini.
Namun, kadar perolehan 10 tahun AS yang meningkat sembilan mata asas kepada 1.62 peratus pada Jumaat lepas turut mempengaruhi pergerakan ringgit.
Pada pukul 9 pagi tadi, unit tempatan disebut harga pada 4.1130/1190 berbanding dolar AS daripada 4.1160/1200 ketika ditutup pada petang Jumaat.
Mengenai tinjauan ringgit untuk sepanjang minggu ini, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes menjangkakan ringgit bergerak dalam julat kecil menjelang mesyuarat FOMC minggu ini.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.
Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0587/0634 daripada 3.0557/0593 penutupan Jumaat lepas, lebih rendah berbanding pound kepada 5.7294/7382 daripada 5.7262/7326 dan lega berbanding euro kepada 4.9146/9234 daripada 4.9050/9106.
Bagaimanapun, berbanding yen Jepun, unit tempatan mengukuh kepada 3.7703/7768 berbanding 3.7720/7760 sebelumnya.