17 MAC: Jumlah terbaharu kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 120.52 juta kes, manakala kematian akibat pandemik itu melepasi 2.66 juta kes.
Data Johns Hopkins University itu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap negara paling teruk terjejas, iaitu lebih 29.52 juta kes dicatatkan, diikuti Brazil (11.51 juta kes) dan India (lebih 11.4 juta kes).
Negara melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, manakala Itali serta Sepanyol melebihi tiga juta kes.
Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico merekodkan lebih dua juta kes, sementara Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru serta Belanda pula menunjukkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Belgium, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Switzerland, Bangladesh dan Serbia pula antara negara yang mencatatkan lebih 500,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes, termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, kadar kematian secara global kini berada pada 2.67 peratus, berbanding 2.68 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu.
Menurut data sama, US merekodkan jumlah kematian tertinggi, iaitu lebih 536,000 kes.