nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aduan, pertanyaan pelabur mengenai skim penipuan meningkat

18 MAC: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata aduan dan pertanyaan pelabur berkaitan skim penipuan meningkat sebanyak 70 peratus pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.

SC berkata sebanyak 37 peratus daripada semua aduan yang dikendalikannya adalah berkaitan dengan skim pelaburan tidak sah.

SC mendapati modus operandi pengendali skim penipuan telah berubah-ubah sepanjang beberapa tahun ini

Kebanyakan skim penipuan kini adalah melalui saluran media sosial seperti peranti khidmat pesanan.

“Untuk memikat pelabur menyertai skim mereka, pengendali skim penipuan membuat pengklonan perniagaan yang sah dengan menggunakan nama dan logo perniagaan berlesen tersebut,” kata suruhanjaya itu dalam Laporan Tahunan SC 2020, yang dikeluarkan hari ini.

SC berkata, ia melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecelikan pelaburan dan kesedaran mengenai pencegahan skim penipuan kepada rakyat Malaysia melalui InvestSmart.

Berikutan halangan untuk mengadakan acara secara fizikal sepanjang penularan COVID-19, ia berkata InvestSmart terus menggunakan saluran seperti media digital dan media sosial untuk mendekati orang ramai.

“Pada 2020, InvestSmart melancarkan pelbagai inisiatif pendidikan pelabur melalui saluran televisyen dan radio serta Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube,” katanya.

Selain kempen kesedaran pencegahan skim penipuan di televisyen, SC berkata, terdapat senarai Peringatan Pelabur dengan 134 masukan baharu dibuat pada 2020 untuk memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berurusan atau melabur dengan entiti yang terlibat dalam aktiviti tidak berlesen dan skim penipuan firma klon.

Selain itu, terdapat juga siaran media dan arahan henti operasi untuk mengingatkan para pelabur mengenai skim penipuan pelaburan, firma klon dan melabur melalui bursa aset digital yang tidak sah.

“Sebagai tindak balas terhadap peningkatan insiden skim penipuan dan firma klon, SC menubuhkan pasukan petugas dalaman untuk menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku penipuan pelaburan sedemikian,” katanya.

Suruhanjaya itu bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan telah menyekat 78 laman web yang didapati menjalankan aktiviti yang dikawal selia tanpa lesen, skim penipuan dan menyalahguna nama dan logo SC.

Selain itu, ia juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung pengumuman perkhidmatan awam dalam bentuk video mengenai kesedaran pencegahan skim penipuan di semua saluran televisyen dan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Prasarana, paparan berita televisyen dan pengumuman di semua stesen radio.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.