18 MAC : Aung San Suu Kyi, pemimpin Myanmar yang digulingkan akan didakwa dengan tuduhan rasuah baharu oleh rehim tentera Myanmar tidak lama lagi.
Peguam Aung San Suu Kyi, Khin Maung Zaw mendakwa tuduhan baharu tersebut tidak berasas dan tidak logik.
Sebelum ini, pemerintah baharu Myanmar sudahpun mendakwa Suu Kyi dengan beberapa tuduhan jenayah sejak beliau ditahan bersama pemimpin politik bulan lalu, termasuk tuduhan memiliki walkie-talkie tanpa kebenaran dan melanggar sekatan COVID-19.
Ia bukan kali pertama tuduhan rasuah dibuat terhadap pemimpin itu.
“Aung San Suu Kyi mungkin mempunyai kekurangan, tetapi menerima rasuah bukanlah sifatnya,” kata peguamnya sambil menambah kebanyakan rakyat Myanmar tidak akan mempercayai tuduhan itu.
Kumpulan pemantau tempatan, Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik melaporkan pembunuhan lebih daripada 210 orang dalam tindakan kekerasan tentera di seluruh negara