nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Karupaiya dicabar buat laporan polis, SPRM

18 MAC: Dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya bahawa individu bernama Azhar menghubunginya dengan membuat tawaran menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah fitnah pempimpin pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata beliau percaya dakwaan berkenaan adalah satu lagi usaha dan strategi pembangkang untuk menimbulkan keraguan dan tohmahan untuk memburukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat Malaysia secara keseluruhannya semata-mata.

“Nampaknya pembangkang masih tak habis-habis dengan budaya fitnah. Strategi memburukkan kerajaan, menimbulkan keraguan, dan melontar tohmahan ini memang sudah lama jadi amalan mereka.

“Kali ini ada MP PKR dakwa seorang yang tak dikenali bernama Azhar hubungi dia dan tawarkan bagi pihak parti. Siapa Azhar ini? Dia parti mana? Dalam MPT Bersatu tak ada orang bernama Azhar. Entah siapa yang hubungi dia, tiba-tiba nak fitnah orang lain pula,”katanya ketika menghubungi wartawan PN BBC Portal, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen (MP), Karupaiyah harus memahami jika dia sekadar dihubungi individu tertentu bukannya wakil sah parti itu bermaksud ia tidak mewakili Bersatu.

“Seorang MP sepatutnya tahu bahawa kalau bukan wakil rasmi parti, maka itu bukan parti lah maksudnya. Jangan lah gunakan taktik cuba kaitkan parti dengan stranger yang datang entah dari mana atau dicipta sendiri. Budaya politik fitnah ini, hentikanlah,” katanya.

Berikutan itu, Wan Saiful mencabar Ahli Parlimen Padang supaya tampil membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti kukuh bahawa individu bernama ‘Azhar’ berkenaan adalah benar-benar mewakili Bersatu.

“Kalau betul ada bukti, laporkan kepada polis dan SPRM. Biar disiasat sepenuhnya.

“Hakikatnya, PKR sedang runtuh. Ahli sendiri tak ada keyakinan kepada PKR. Krisis dalaman PKR amat besar dan sedang membarah. Selesaikanlah dalam parti sendiri. Jangan ubah topik dan larikan perhatian dengan cara memfitnah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Karupaiya mendakwa individu bernama Azhar menghubunginya dengan membuat tawaran menyertai PPBM serta berjanji untuk menyalurkan peruntukan dan kontrak sekiranya beliau bersetuju untuk lompat parti dan menyokong kerajaan PN.

Karupaiya berkata, beliau bagaimanapun menolak tawaran berkenaan dan memberitahu lelaki itu bahawa dirinya masih setia kepada perjuangan parti.

Bahkan, Karupaiya menegaskan keputusan itu turut disenangi oleh rakyat atas pendirian untuk tidak melompat parti, seperti dilakukan segelintir wakil rakyat lain. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.