nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Antisawit: KPKT utamakan proses perundangan terhadap EU

19 MAC: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi (KPPK) akan mengutamakan proses perundangan terhadap Kesatuan Eropah (EU) berhubung isu antiminyak sawit bagi memastikan kepentingan industri sawit negara merangkumi pekebun kecil sawit sentiasa dijaga dan diutamakan.

Menterinya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata tindakan itu perlu selepas Malaysia mengadakan sesi konsultasi secara maya bersama wakil Kesatuan Eropah (EU) berhubung tindakan undang-undang ke atas mereka berkaitan isu yang dikaitkan dengan diskriminasi kepada industri sawit negara.

Menurut Khairuddin, pelaksanaan sesi berkenaan adalah susulan daripada permohonan kerajaan Malaysia untuk menjalani sesi konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian atau Dispute Settlement Mechanism (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), pada 15 Januari lalu.

khairuddin
KHAIRUDDIN

“Delegasi Malaysia diwakili oleh KPPK, Jabatan Peguam Negara (AG), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan agensi lain berkaitan.

“Sesi konsultasi ini diketuai oleh saya sendiri dan turut dihadiri oleh wakil dari Indonesia dan Colombia sebagai negara pemerhati,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Khairuddin berkata sesi konsultasi ini antara lain adalah platform bagi mendapatkan penjelasan dan pemahaman lanjut berhubung tindakan EU terhadap pelaksanaan Delegated Regulation di bawah EU RED II.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha ke arah penyelesaian kepada isu-isu yang dilihat sebagai diskriminasi ke atas minyak sawit negara yang dibangkitkan oleh Malaysia.

“Malaysia akan meneliti keseluruhan maklum balas dan penjelasan yang diberikan oleh pihak EU sepanjang sesi konsultasi diadakan. Sebarang tindakan susulan akan diambil sewajarnya selaras dengan peraturan dan prosedur yang telah digariskan di bawah WTO.

“Komitmen terhadap proses perundangan terhadap EU berhubung isu anti-minyak sawit akan terus menjadi keutamaan KPPK dalam memastikan kepentingan industri sawit negara merangkumi pekebun kecil sawit sentiasa dijaga dan diutamakan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.