nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Beban mahkamah, kadar jenayah kurang jika hindar dosa – Sultan Nazrin

19 MAC: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bebanan tugas di mahkamah dan kejadian jenayah dapat dikurangkan sekiranya ramai individu menghindarkan diri daripada melakukan dosa.

Bagaimanapun, titah baginda, ketika ini ramai individu tidak takut melakukan dosa membabitkan pelbagai jenayah, sekali gus menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk ‘menegakkan benang basah’ dan tergamak terus berbohong walaupun sudah melafazkan sumpah untuk bercakap benar di kandang saksi.

“Sering terjadi, ketika dihadapkan ke muka pengadilan, insan yang melakukan dosa mencari pelbagai alasan dan menggunakan pelbagai hujah mahu menafikan perbuatan mereka.

“Mereka bersedia membayar fi guaman tinggi yang sering kali pula dibiayai daripada wang diperoleh melalui sumber jenayah atau hasil daripada perlakuan dosa,” titah baginda.

Beliau bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Hakim-Hakim Syariah Negeri Perak serta Ahli Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak hari ini.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan watikah kepada 12 hakim, iaitu tiga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah, tujuh sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan masing-masing satu sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Wan Mohammad Afiq Wan Arisfatillah dan Ezatul Farita Rohawi, selaku ahli MAIPk yang turut mewakili belia.

Pelantikan Ezatul Farita juga bermakna MAIPk kini mempunyai tiga ahli wanita.

Sultan Nazrin bertitah, realiti yang berlaku hari ini memberi gambaran masih ramai umat Islam belum menghayati ajaran agama itu sepenuhnya.

Baginda bertitah, perbuatan jenayah tidak dapat dikurangkan melalui penambahan pegawai penguat kuasa, mahkamah dan penjara, namun lebih berkesan ditangani melalui pendekatan menyemaikan nilai Islam secara berkesan dan dihayati dalam jiwa.

“Perbuatan menipu, mencuri, menyeludup, pecah amanah, rasuah dan lari daripada membayar cukai antara perlakuan jenayah terhadap organisasi, syarikat atau kerajaan.

“Perlakuan jenayah itu turut memberi implikasi perlakuan dosa terhadap pemegang kepentingan entiti berkaitan, sama ada mereka daripada pemegang saham, pemilik syarikat atau rakyat sesebuah negara,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, buat kali pertama baginda memperkenankan pelantikan dua orang mewakili belia sebagai ahli MAIPk dengan mengambil iktibar daripada pelbagai sumber berhubung peranan penting golongan remaja dalam mencipta sejarah.

“Golongan belia perlu diberi kepercayaan untuk terbabit aktif, berada di barisan hadapan, meremajakan program di bawah anjuran MAIPk dengan menyuntik dinamisme baharu.

“Malah, golongan remaja wajib didampingi, suara mereka wajib didengari, pandangan wajib difahami dan kehadiran mereka wajib diiktiraf,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, usaha itu bertujuan menjadikan program dianjurkan atas nama Islam, lebih relevan sehingga dapat menarik penyertaan lebih ramai remaja berjinak dalam aktiviti di masjid dan program atas nama Islam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.